Kompaun RM1.565 juta dikenakan terhadap peserta parti liar di kolam

0
1

KESELURUHAN jumlah kompaun dikenakan terhadap 303 individu yang terbabit dalam aktiviti parti liar di sebuah kelab persendirian di Bukit Kiara, malam tadi adalah sebanyak RM1.565 juta.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata kesemua individu terbabit dikenakan kompaun kerana didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Penjaga/penganjur iaitu dua lelaki tempatan dikenakan kompaun berjumlah RM50,000 manakala pengunjung tempatan seramai 87 orang dikenakan kompaun bernilai RM435,000 keseluruhan.

“Warga asing membabitkan 216 orang pula dikenakan kompaun bernilai RM1.08 juta keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, ujian saringan air kencing terhadap 131 individu daripada 303 yang diperiksa mendapati 27 individu positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, ketamin dan ganja.

“Mereka yang positif membabitkan 23 warga tempatan dan empat warga asing yang berusia lingkungan 17 hingga 50 tahun.

“Kesemua suspek yang positif direman selama dua hari membabitkan suspek lelaki, manakala suspek wanita direman sehari dan warga asing pula dibenar reman tiga hari,” katanya.

Beliau berkata, bagi kesalahan dadah berkenaan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan diwajibkan pengawasan selama dua tahun. – Malaysiapost

Kredit Foto: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here