77.9% populasi keseluruhan di Malaysia lengkap vaksin Covid-19

0
1
Petugas mencucuk vaksin AstraZaneca kepada seorang penerima vaksin di PWTC.

SERAMAI 25.44 juta individu atau 77.9 peratus daripada populasi keseluruhan di negara ini telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, 79.2 peratus atau 25.87 juta daripada populasi keseluruhan telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 22.72 juta individu atau 97.1 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Manakala, 98.5 peratus atau 23.04 juta daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2.72 juta individu atau 86.5 peratus telah melengkapkan dua dos.

Terdapat pertambahan 54,517 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi, serta sebanyak 50,199 bagi dos penggalak.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 54.09 juta dos. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here