Nora nafi minta suami cerai isteri pertama

0
1

PENYANYI Datuk Nora Ariffin menafikan dakwaan telah menjadi isteri kepada Dr Rushdi Ramli sejak dua tahun lalu.

Malah, penyanyi ‘Di Persimpangan Dilema’ itu menafikan cerita kononnya telah meminta suaminya itu menceraikan isteri pertamanya selain merahsiakan tarikh sebenar perkahwinan mereka.

Tampil menjawab spekulasi yang timbul, Nora ibu kepada empat anak ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas itu.

Nora, 48, berkata, segala tohmahan yang dilemparkan itu merupakan satu fitnah yang tidak benar sama sekali.

“Astagfirulllahalazim… semua ini fitnah, tidak benar. Ini saja statement dari saya,” katanya seperti dilaporkan MStar, hari ini.

Terdahulu, sebuah portal hiburan melaporkan Nora didakwa menyembunyikan tarikh sebenar pernikahannya dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya itu yang difahamkan sudah hampir dua tahun.

Lebih mengejutkan, tular paparan mesej mengatakan Nora meminta suaminya menceraikan isteri pertama.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan status suaminya itu sama ada sudah mempunyai isteri atau duda sebelum berkahwin dengan Nora.

Jumaat lalu, Nora mengumumkan telah selamat mendirikan rumah tangga dengan kawan baik arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi dalam satu majlis tertutup baru-baru ini.

Perkahwinan itu sekali gus menutup gosip kononnya dia pernah bernikah dengan seorang menteri seperti yang bertebaran sebelum ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here