Guru meninggal dunia dalam pacuan empat roda

0
1

SEORANG guru lelaki ditemui meninggal dunia di dalam sebuah pacuan empat roda di kawasan semak di Kampung Daling, Padang Tengku, dekat Lipis, Pahang, Khamis lalu.

Difahamkan, mayat Tengku Suhaimi Tengku Yusoff, 54, ditemukan terbaring di dalam kenderaan berkenaan.

Namun, tiada sebarang kesan kecederaan atau kesan darah serta tiada sebarang senjata dijumpai dalam kereta atau di kawasan berhampiran.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, berkata, anggota polis dari Balai Polis Padang Tengku ke tempat kejadian untuk pemeriksaan selepas menerima maklumat awam.

“Mayat lelaki itu dibawa keluar dari kawasan itu pada 8.15 malam hari sama,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Azli berkata, siasatan mendapati, mangsa bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indra Petra, Gua Musang.

Beliau berkata, bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Siasatan lanjut masih dijalankan. Jenazah mangsa sudah dituntut oleh isterinya untuk dikebumikan semalam,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here