Lesen terbang, JPJ akan segera lakukan siasatan

0
1

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melakukan siasatan segera dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan seorang personaliti media sosial bernama Azrul Affandi Sobry berkaitan ‘Lesen Terbang’.

JPJ dalam satu kenyataan hari ini, berkata pihaknya memandang serius mengenai perkara itu dan individu berkenaan akan dipanggil bagi mendapatkan kenyataan lanjut dan membantu siasatan.

“JPJ juga menegaskan bahawa tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku yang melibatkan warga kerja JPJ sekiranya benar yang diuar-uarkan oleh saudara Azrul Affandi Sobry di mana anggota penguatkuasa JPJ terlibat dalam aktiviti menjual lesen terbang,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPJ, sehingga kini beberapa siri siasatan SPRM telah dijalankan contohnya pada tahun 2018.

Baru-baru ini, menerusi hantaran di media sosial, Azrul Affandi mendakwa terdapat pegawai JPJ yang terlibat secara langsung dalam aktiviti menjual lesen memandu secara haram dengan menerima wang sogokan biarpun tidak melepasi ujian yang ditetapkan di institut memandu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here