Kurangkan jangkitan dalam masyarakat, sekat varian baharu – Dr Noor Hisham

0
1
PUTRAJAYA, 19 Jan -- Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Sebanyak 3,631 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 165,371 kes manakala sebanyak 2,944 kes telah sembuh dan terdapat 14 kes kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 619 kes. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, untuk menyekat varian baharu Covid-19 daripada terjadi, usaha mengurangkan jangkitan dalam masyarakat perlu dilakukan.

Beliau berkata, apabila terdapat banyak replikasi dan gandaan kes Covid-19, akan wujud lebih banyak ruang untuk virus itu bermutasi.

“Untuk menyekat varian baru Covid-19 dari terjadi, kita perlu mengurangkan penularan Covid-19 dalam masyarakat.

“Penularan dan jangkitan dalam masyarakat akan memberi peluang kepada virus ini untuk replikasi dan berganda. Lebih banyak replikasi dan gandaan lebih banyak ruang untuk bermutasi,” katanya dalam ciapan Twitter, hari ini.

Semalam, Malaysia merekodkan kes pertama varian membimbangkan (VOC), Omicron, membabitkan seorang pelajar asing yang mempunyai rekod perjalanan dari Afrika Selatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, memaklumkan pelajar berusia 19 tahun terbabit sudah diarah menjalani kuarantin diri, sementara semua saringan kepada kontak rapat individu berkenaan juga sudah dijalankan dan keputusannya adalah negatif. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here