SEBANYAK 47 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 30,521 sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data dimuatnaik di portal COVIDNOW, 12 daripada 47 kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Setakat tengah malam tadi, terdapat 62,523 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, seramai 50,358 individu atau 80.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 6,346 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sementara itu, terdapat 5,038 kes dirawat di hospital dan 511 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 266 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

