KES harian Covid-19 masih kekal melebihi angka 5,000 apabila mencatatkan 5,551 kes baharu hari ini.
Semalam, Malaysia merekodkan 5,439 kes baharu dengan 47 kematian akibat Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini 2,627,903 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini. – Malaysiapost

