PERATUSAN vaksinasi populasi dewasa di Malaysia sehingga semalam mencecah 97 peratus membabitkan 22,698,593 juta individu yang lengkap vaksinasi.
Mengikut perincian yang dikongsi menerusi portal CovidNow hari ini, sebanyak 98.4 peratus atau 23,034,278 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.
Seramai 25,411,143 individu atau 77.8 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.
Manakala sebanyak 79.2 peratus atau 25,858,982
daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi remaja pula, seramai 2,712,550 individu atau 86.2 peratus telah melengkapkan dua dos dan
2,824,704 individu atau 89.8 peratus mendapat satu dos.
Terdapat pertambahan 142,607 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin sebanyak 53,671,277
menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). – Malaysiapost

