KES baharu Covid-19 melepasi angka 5,000 dua hari berturut-turut dengan merekodkan 5,806 kes hari ini.
Angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 367, berbanding 5,439 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini 2,644,027 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. – Malaysiapost

