KPWKM nafi anjur skim untungkan kroni

0
1
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1638354305340","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"is_remix":false}

KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menafikan dakwaan menganjurkan program Wanita Bangkit Berniaga dan MyKasih Kapital atas dasar kroni.

Dalam satu kenyataan hari ini, KPWKM memaklumkan kerjasama yang dilakukan dalam program Wanita Bangkit Berniaga (WBB) adalah kolaborasi strategik antara kementerian itu dengan syarikat tersebut tanpa kos.

Menurutnya, pemilihan syarikat itu sebagai rakan strategik pula adalah berikutan kemampuan dan prestasi melahirkan ribuan usahawan jutawan berjaya.

“Kolaborasi strategik di antara KPWKM bersama syarikat swasta dilihat satu usaha signifikan kerana matlamat program bagi membantu wanita tempatan yang terjejas pendapatan, ketika mengharungi pandemik Covid-19.

“KPWKM turut menafikan peserta diminta membeli buku semasa program itu, sebaliknya diberi pilihan memuat turun e-book secara percuma atau mendapatkan buku secara fizikal dan perlu menanggung kos penghantaran,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu merujuk kepada ciapan Twitter yang tular di media sosial mendakwa KPWKM menganjurkan sebuah ‘skim’ yang menguntungkan sebuah syarikat penganjur program keusahawanan terkenal di Malaysia atas dasar ‘kroni’.

Menurut KPWKM, bagi menjayakan program WBB kementerian juga telah melaksanakan kolaborasi strategik dengan beberapa syarikat lain yang berpotensi.

“Sementara itu, program MyKasih Kapital merupakan bantuan suntikan modal untuk wanita memulakan perniagaan bagi menjana ekonomi keluarga.

“Peruntukan keseluruhan geran berjumlah RM2 juta oleh Yayasan Kebajikan Negara menyasarkan 4,000 wanita yang ingin berkecimpung dalam bidang perniagaan,” katanya.

KPWKM turut menyelar tindakan tanpa usul periksa yang dibuat oleh pemilik akaun Twitter berkenaan yang menggunakan  membuat tohmahan dan penghinaan terhadap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun.

“Kementerian ingin mengingatkan pengguna media sosial supaya lebih berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan atau perkongsian, agar tidak menyebarkan maklumat palsu.

“Kerana ianya merupakan kesalahan mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, selain turut berdepan tindakan saman di mahkamah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here