Penarafan filem, rancangan di Netflix dilaksanakan secara kendiri

0
1

PENARAFAN filem dan rancangan televisyen dilakukan syarikat penyedia perkhidmatan penstriman video luar negara seperti Netflix adalah dijalankan secara kendiri, kata Tan Sri Annuar Musa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata ia ditetapkan oleh standards organisation yang biasanya berada di bawah setiap peringkat kematangan Netflix berbeza mengikut wilayah, negara dan rantau.

Beliau menjelaskan di Malaysia, Netflix secara umumnya menggunakan penarafan TV dan filem berikut iaitu kanak-kanak (7 tahun ke atas); remaja (13 tahun ke atas) serta dewasa (16 dan 18 tahun ke atas).

“Selain itu, Netflix menyediakan khidmat parental control, bagi mengupayakan golongan ibu-bapa mahupun penjaga dalam mengawal selia penggunaan platform tersebut oleh anak-anak mereka.

“Ia berfungsi di mana sesetengah kandungan seperti filem yang ditarafkan sebagai ‘Remaja’ dan ‘Dewasa’ dapat disekat daripada ditonton, dengan kata laluan yang ditetapkan oleh ibu bapa dan penjaga,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Wan Hassan Wan Ramli (PAS – Dungun) yang meminta kerajaan nyatakan langkah membendung adegan seksual dan kandungan berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam program disiar menerusi perkhidmatan penstriman seperti Netflix.

Mengulas lanjut, Annuar berkata bagi isu kesalahan pornografi dalam talian yang melibatkan kanak-kanak, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sentiasa menjalinkan kerjasama dengan polis; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Interpol.

Katanya, ia bagi melaksanakan operasi penguatkuasaan secara bersama termasuklah dari segi penguatkuasaan dan tindakan sekatan terhadap kandungan atau laman sesawang berkaitan Pedofilia dan pornografi kanak-kanak (Child Pornography).

“Antara tahun 2015 sehingga 30 September 2021, sejumlah 407 laman berkaitan Pedofilia dan pornografi kanak-kanak telah disekat melalui kerjasama antara MCMC, PDRM dan Interpol,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here