Amat wajar projek HSR dengan Singapura diteruskan – Pemuda Umno

0
2

PEMUDA Umno menyifatkan projek kereta api laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura amat wajar diteruskan.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini kerana seluruh dunia kini bergerak ke arah mempertingkatkan tahap ‘connectivity’ dengan masing-masing berlumba-lumba menaik-taraf dan menambah sistem rel mereka terutama yang melibatkan ‘High Speed Rail’.

“Arab Saudi dengan kereta api laju menyambung antara Mekah dan Madinah. Indonesia sambungkan lebuh raya sehingga ke Bandung. China, Jepun, Korea semua berlumba lumba untuk tambahkan lagi high Speed Rail mereka.

“Semua laporan analisa antarabangsa menyambut baik penyambungan ekonomi besar rantau Asia Tenggara iaitu Kuala Lumpur dan Singapura,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Asyraf Wajdi berkata jika HSR Kuala Lumpur – Singapura diteruskan, ratusan ribu peluang pekerjaan bakal dicipta, ekonomi hiliran akan berkembang pesat, destinasi pelancongan seperti Melaka yang merupakan salah satu stesyen transit akan menikmati limpahan aliran tunai daripada pelancong luar negara.

Selain itu katanya, kesan gandaan ekonomi akan menghasilkan ratusan billion sumber pendapatan dalam tempoh jangka panjang buat negara.

“Malangnya kerana dendam politik semuanya ini ditangguhkan pada zaman Pakatan Harapan (PH) memerintah dan dibatalkan secara mutlak apabila ‘Abah Sayang Melaka’ menjadi Perdana Menteri.

“Siapa yang akan menanggung pampasan RM320 juta yang terpaksa dibayar kepada Singapura lantaran pembatalan projek HSR ini,” katanya lagi.

Beliau berkata RM320 juta itu sepatutnya boleh dimanfaatkan untuk intervensi kerajaan bagi mengawal harga barang ketika ini.

“Berapa banyak subsidi boleh dimanfaatkan untuk memastikan rakyat yang berhadapan dengan harga barangan keperluan seperti sayuran, ayam dan lain-lain yang mencanak naik pasca PKP (Lockdown) separuh masak,” katanya.

Semalam Bernama melaporkan, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata Ismail Sabri mencadangkan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura diteruskan.

Hsein Loong berkata cadangan meneruskan projek itu dibangkitkan kepadanya dalam pertemuan dengan Ismail Sabri di Singapura semalam.

Katanya, walaupun kedua-dua negara bersetuju membatalkannya sebelum ini, Singapura terbuka dengan cadangan baru Malaysia dan menteri pengangkutan masing-masing akan membincangkannya.

“Singapura menanti maklumat lanjut daripada Malaysia supaya kita dapat kaji dan pertimbang semula – bermula daripada wal,” katanya dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

Perdana menteri sebelum ini Tan Sri Muhyiddin Yassin membatalkan projek itu dan membayar pampasan RM320 juta kepada Singapura. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here