Lelaki curi tiang besi sudah ditahan

0
1

SEORANG lelaki yang tular menerusi rakaman video ketika mencuri tiang besi di satu kawasan perumahan di Ipoh, Perak hingga tular di media sosial telah ditahan polis, semalam.

Suspek yang juga warga tempatan berusia 41 tahun itu ditahan di sebuah bangunan kosong di Manjoi jam 12.15 tengah malam selepas polis menerima laporan daripada orang awam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata polis turut menemui beberapa barang kes .

Menurutnya, siasatan awal menunjukkan suspek melakukan perbuatan mencuri tiang besi di sekitar kawasan Manjoi dan Jelapang.

“Semakan mendapati suspek ini memiliki 11 rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kesalahan termasuklah jenayah narkotik.

“Ujian saringan air kencing yang dilakukan mengesahkan lelaki terbabit positif dadah jenis morfin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata, lelaki itu telah ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

“Terdapat dua video berkaitan kes itu yang dimuat naik ke dalam akaun Facebook, ‘Acai D Raja dan Info Santai Anak Utara memaparkan seorang lelaki mencuri tiang besi walaupun tindakan itu telah ditegur orang awam.

“Susulan daripada video dan laporan dibuat, polis berjaya melakukan tangkapan ke atas suspek.

“Polis mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang prihatin dan tampil menyalurkan maklumat berkaitan pelakuan jenayah tersebut sehingga tertangkapnya suspek dalam masa yang singkat,” katanya.

Terdahulu, dua video tular di aplikasi TikTok memaparkan gelagat seorang lelaki merosakkan tiang disyaki milik syarikat telekomunikasi sambil ditegur seorang lelaki. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here