Covid-19: 40 lagi kematian, 8 BID

0
1
rumah mayat covid hkl

SEBANYAK 40 kes kematian akibat jangkitan Covid-19 direkodkan dengan lapan daripadanya merupakan kematian di luar hospital (BID), setakat semalam.

Berdasarkan data yang dikongsikan laman COVIDNOW, jumlah keseluruhan kematian dalam negara sehingga kini mencecah sebanyak 30,280 kes.

Perak mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu enam kes, iaitu 15 peratus daripada kematian baru yang dilaporkan.

Manakala, diikuti dengan Kelantan (5), Selangor (5), Terengganu (5), Johor (3), Pahang (3), Penang (3), Sabah (2), Sarawak (2), Kuala Lumpur (2) , Kedah (1), Melaka (1), Negeri Sembilan (1) dan Perlis (1).

Sementara, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan kematian terbaharu.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 5,097 kes positif baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt jangkaan mengikut kes seharian semalam, menunjukkan ia berada pada paras 0.97 di seluruh negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here