Najib buat laporan polis lagi

0
1
FILE PHOTO: Former Malaysian Prime Minister Najib Razak arrives at Kuala Lumpur High Court in Kuala Lumpur, Malaysia, June 1, 2020. REUTERS/ Lim Huey Teng

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, hari ini.

Setakat ini, media difahamkan Najib akan hadir di balai polis berkenaan pada kira-kira jam 11 pagi, seperti dilaporkan Malaysiagazette

Namun, tidak dapat dipastikan laporan berkenaan mengenai apa.

Pada 8 September lalu, Ahli Parlimen Pekan itu membuat laporan polis terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Laporan itu dibuat selepas beliau mendakwa menerima maklumat mengenai pegawai jabatan itu menerima tekanan dari ahli politik yang mahukan dirinya dikenakan tindakan undang-undang termasuk penalti cukai.

Beliau mendakwa mempunyai maklumat dan bukti berlaku pelanggaran kuasa, salah guna kuasa dan penggunaan dokumen palsu terhadap dirinya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here