Lelaki bogel melekat depan lori ala ‘Spiderman’

0
1

TULAR di media sosial hari ini beberapa rakaman video memaparkan seorang lelaki dipercayai warga asing yang berbogel dan memanjat bahagian depan sebuah lori ala ‘Spiderman’.

Kejadian berlaku ketika lori berkenaan berada di jalan raya dengan keadaan trafik agak sesak, namun belum dapat dipastikan insiden itu berlaku di mana.

Setakat ini terdapat tiga video berkaitan insiden berkenaan yang dirakam oleh pengguna jalan raya termasuk rakaman lelaki terbabit ditahan oleh beberapa penunggang motosikal.

Lelaki yang dikatakan warga Bangladesh itu dilihat memanjat bahagian depan sebuah lori dengan kakinya memijak penggilap cermin (wiper) kenderaan terbabit dan terus berpaut pada lori berkenaan walaupun pemandunya menggerakkan kenderaan.

Warga asing itu berjaya ditahan oleh beberapa penunggang motosikal selepas terbaring di atas jalan raya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here