Gardenia diminta kemuka justifikasi cadangan kenaikan harga – Rosol

0
2
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan mengetuai Operasi Pematuhan Akta 342 dan Akta 514 di Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd Puchong hari ini.

PENGELUAR produk roti Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, diminta mengemukakan justifikasi berhubung cadangan untuk menaikkan harga pelbagai produk roti keluaran syarikat terbabit.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid, berkata syarikat pengeluar roti itu diberi tempoh sehingga Isnin ini untuk mengemukakan laporan lengkap justifikasi cadangan untuk menaikkan harga.

“Setakat ini, kita belum lagi menerima justifikasi cadangan syarikat itu untuk menaikkan harga yang dijangka berkuat kuasa 1 Disember depan,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Persidangan Bersatu Bahagian Hulu Terengganu di Dewan Sivik Ajil, Kuala Berang, Terengganu, hari ini.

Sebelum ini tular harga pelbagai produk keluaran Gardenia akan dinaikkan bermula 1 Disember ini.

Kenaikan harga itu berdasarkan surat dengan senarai harga baru bagi produk roti keluaran syarikat terbabit yang diedarkan kepada peruncit

Sementara itu, mengulas mengenai kenaikan harga barang mentah dan sayur, Rosol berkata kenaikan harga bahan mentah berpunca daripada peningkatan kos operasi syarikat penternakan, kos import dan kenaikan harga produk itu di pasaran.

“Punca lain disebabkan kilang baru memulakan operasi selepas ditutup berikutan penularan pandemik Covid-19 dan masalah logistik.

“Harga barangan dan bahan mentah dijangka stabil selewat-lewatnya bulan depan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here