83.1% remaja di Malaysia lengkap divaksinasi

0
1

PERATUSAN populasi remaja di Malaysia lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 kini telah mencecah 83.1 peratus iaitu 2,615,923 remaja.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman CovidNow, setakat jam 11.59 malam tadi seramai 2,766,649 remaja atau 87.9 peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, seramai 22,455,762 individu atau 95.9 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 22,957,009 individu atau 98 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sebanyak 113,741 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 4,929 dos pertama, 6,376 dos lengkap serta 102,436 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,666,489. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here