Pelajar perempuan berjaya lepaskan diri selepas nyaris dilarikan

0
1
Polis Di Raja Malaysia

SEORANG pelajar perempuan berjaya melepaskan diri selepas dipercayai dilarikan sejauh 400 meter oleh seorang lelaki menaiki kereta jenis Perodua Kancil di hadapan sekolahnya di Taman Molek, Johor Jaya, Johor Bahru hari ini.

Kejadian berlaku pada kira-kira jam 6.50 pagi semasa pelajar berumur 13 tahun itu baru turun dari van sekolah.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Menurutnya, pelajar itu memaklumkan selepas turun daripada van, sebuah kereta dipandu lelaki tempatan tidak dikenali, datang kepadanya.

“Dan meminta dia menghantar satu borang ke sekolah dan lelaki itu meminta pelajar berkenaan masuk ke dalam kereta, namun dia enggan.

“Bagaimanapun, mangsa kemudian ditarik masuk ke dalam kereta dan dibawa lari di sekitar Taman Molek kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian sebelum pelajar itu berjaya melepaskan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, selepas berjaya melarikan diri, pelajar itu meminta bantuan orang awam.

Katanya, polis kini sedang giat mengesan lelaki berkenaan dan kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melarikan orang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here