Kes baru kembali meningkat ke angka 6,000

0
1
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

KES harian Covid-19 meningkat melepasi angka 6,000 kes apabila mencatatkan 6,144 kes baharu hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini adalah 2,608,979 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” kata Dr Noor Hisham menerusi perkongsian di Facebooknya.

Jumlah kes Covid-19 baharu di Malaysia menunjukkan trend peningkatan dengan meningkat lima hari berturut-turut bermula 21 November lalu yang ketika itu mencatatkan 4,854 kes harian.

Pada Selasa dan Rabu kes mula meningkat ke angka 5,000 iaitu 5,594 kes (Selasa) dan 5,755 kes (Rabu). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here