Bukan royalti, tapi wang ihsan kepada Kelantan – Tengku Zafrul

0
1

[PARLIMEN] PETRONAS tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana-mana negeri di Semenanjung termasuk Kelantan.

Perkara itu disahkan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz yang memaklumkan ini kerana kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan negeri Kelantan.

Bagaimanapun katanya, memandangkan lokasi medan petroleum adalah berdekatan dengan perairan Kelantan, maka kerajaan Persekutuan membuat pembayaran dalam bentuk wang ihsan.

“Ia bagi melaksanakan projek dan program untuk manfaat rakyat di negeri tersebut,” katanya dalam jawapan bertulis, hari ini.

Tengku Zafrul menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang meminta kerajaan menyatakan status terkini tuntutan bayaran royalti tunai oleh kerajaan negeri Kelantan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here