PEJABAT Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kuantan, Pahang menangkap seekor buaya tembaga di Taman Indera Sempurna pada 16 November lalu.
PERHILITAN menerusi kenyataan di Facebook berkata, buaya tersebut telah masuk ke dalam perangkap, yang dipasang pada lima hari sebelum itu.
Menurutnya, tangkapan itu dibuat susulan menerima maklumat kehadiran hidupan liar terbabit sejak 6 Oktober 2021 di lokasi terbabit.
PERHILITAN memaklumkan buaya tersebut telah dipindahkan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai, Perak untuk pemantauan selanjutnya.
“Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia turut membuat pemantauan berkala di lokasi tangkapan bagi memastikan tiada kehadiran buaya lain di lokasi terlibat,” katanya.
Sehubungan itu, Jabatan PERHILITAN turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam atas kerjasama yang diberikan sepanjang operasi ini dijalankan. Malaysiapost

