Keputusan pertukaran guru melalui eGTukar pada 6 Disember ini

0
1

KEPUTUSAN permohonan pertukaran guru melalui eGTukar bagi tahun hadapan akan dikeluarkan pada 6 Disember ini, kata Menteri Kanan Pendidikan.

Datuk Radzi Jidin berkata, pemakluman itu kelak akan membolehkan para guru membuat persiapan yang sewajarnya.

“Untuk makluman semua, kita akan keluarkan keputusan eGTukar bagi pertukaran tahun hadapan pada 6 Disember 2021

“Ini akan memberi peluang kepada guru-guru membuat persiapan yang sewajarnya,” katanya menerusi video dimuatnaik di Facebooknya hari ini.

Sementara itu Radzi berkata ramai guru-guru, khususnya yang memohon pertukaran melalui eGTukar menunggu tarikh keputusan permohonan tersebut diumumkan.

Katanya ia antara perkara yang sering diajukan kepadanya, terutama apabila penggal persekolahan akan berakhir tidak lama lagi. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Dr Radzi Jidin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here