[PARLIMEN] DASAR harga siling beras sedang dikaji bagi membantu golongan pesawah yang terjejas.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata kerajaan sedang mengkaji dasar berkenaan yang ketika ini menetapkan had siling harga siling beras pada RM1,200 per tan metrik.
“Industri pesawah dan padi beras diberi subsidi tinggi oleh kerajaan, iaitu kira-kira RM1.5 bilion setiap tahun. Dasar kerajaan ketika ini ialah harga siling beras ditetapkan tidak melebihi beras biasa.
“Kita tahu ramai golongan pesawah berada bawah B40 dan kerajaan sedang melihat perkara ini, tetapi tentulah pertimbangan perlu diambil serta dibuat berdasarkan pendapatan pesawah dan kos pembelian beras yang terpaksa ditanggung rakyat keseluruhannya,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Ronald menjawab soalan tambahan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Baharu) yang meminta penjelasan kerajaan sama akan sedia menghapuskan harga siling beras. -Malaysiapost

