Terima banyak ucapan tahniah, kehadiran Sulaiman curi tumpuan ramai

0
1

DATUK Seri Sulaiman Md Ali yang baru sahaja mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 awal pagi Ahad lalu, hari ini menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-137.

Mesyuarat itu dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Bilik Mesyuarat Perdana, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

“Kehadiran saya hari ini turut mencuri tumpuan, selain menerima banyak ucapan tahniah dan sokongan daripada menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin kerajaan negeri di seluruh negara.

“Insya-Allah, semoga ada keputusan yang terbaik daripada mesyuarat yang diadakan pada hari ini,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri setelah Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan majoriti dua pertiga. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here