Polis buka 37 kertas siasatan sepanjang PRN Melaka

0
1

POLIS membuka 37 kertas siasatan terhadap penganjur dan jentera parti politik sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berlangsung.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, sepanjang tempoh itu tiada insiden provokasi berkaitan politik dan rakyat khususnya pengundi yang mementingkan keselamatan awam, patuh kepada prosedur operasi standard (SOP).

“Sepanjang tempoh itu polis keluarkan kompaun bernilai RM120,000. Kesemua kompaun itu adalah ke atas penganjur parti politik sahaja,” kata seperti dilapor Utusan.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang hari ini.

Menurutnya, sebanyak 19 kertas siasatan dibuka membabitkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) manakala 18 lagi kertas siasatan kesalahan membabitkan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Katanya, senario itu secara langsung menepis dakwaan segelintir pihak yang mengecam penguatkuasaan ketat dilakukan polis sebagai tindakan menghalang proses demokrasi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here