Pantun Vellfire dari Karupaiya buat ahli Dewan Rakyat senyum simpul

0
1

[PARLIMEN] SIDANG Dewan Rakyat DEWAN hari ini gamat seketika apabila Ahli Parlimen Padang Serai, M Karupaiya bangkit bertanyakan soalan.

Ia selepas beliau menjual serangkap pantun mengaitkan kenderaan mewah jenis Toyota Vellfire, sebelum mengutarakan soalan.

“Pandu Vellfire dengan penuh gaya, kereta mewah golongan diiktiraf, soalan lapan berkaitan isu jalan raya, bilakah jalan raya di Padang Serai akan dinaik taraf?,” katanya ketika bangkit bertanya soalan.

Soalan beliau dijawab Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan memaklumkan keputusan kerajaan untuk menggunakan Toyota Vellfire 2.5L sebagai Kenderaan Rasmi Jawatan (KRJ) dibuat berdasarkan kos sewaan bulanan kenderaan tersebut yang lebih rendah berbanding Proton Perdana 2.4 Premium.

Pemilihan Toyota Vellfire 2.5L berikutan kos sewa bulanan model berkenaan lebih rendah iaitu RM4,851.61 berbanding Proton Perdana 2.4 Premium (RM4,854.41).

Setelah pengumuman dibuat, banyak pihak mempertikai kemungkinan wujud ‘sebab lain’ dalam keputusan kerajaan tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here