Kit Siang ramal Umno tuntut PRU15 diadakan awal

0
1
KRedit: The rocket

VETERAN DAP, Lim Kit Siang meramalkan Umno akan mendesak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disegerakan tahun depan susulan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, semalam.

Beliau berkata, matlamat utama bagi pilihan raya umum diadakan awal adalah supaya Umno dan BN memperoleh majoriti dua pertiga bagi membolehkan parti itu mentadbir negara sendiri.

Bagaimanapun, Kit Siang berkata, rancangan itu mungkin akan didesak oleh beberapa pemimpin Umno, boleh “membawa maut” kepada gabungan itu kerana senario pilihan raya di peringkat kebangsaan jauh berbeza daripada senario di Melaka.

Kit Siang berkata, BN memenangi kerusi di Melaka dengan majoriti tipis, di mana 12 kerusi mempunyai majoriti kurang 1,000 undi.

Katanya, daripada jumlah itu, tujuh menentang Pakatan Harapan (PH) dan lima menentang Perikatan Nasional (PN).

“Oleh itu, kemenangan BN di Melaka hanyalah ‘nasib’, bukan kesimpulan yang pasti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, isu membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkaitan ganjaran tanah bernilai RM100 juta tidak memberi impak besar kepada keputusan PRN kerana ia hanya timbul pada penghujung kempen.

Beliau menambah, peratusan keluar mengundi rendah, iaitu 65.85 peratus berbanding 66.61 peratus pada PRN Sabah September tahun lepas.

“10% hingga 15% lagi rakyat Melaka akan keluar mengundi jika tempoh berkempen dilanjutkan seminggu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here