Annuar nafi tidak ambil berat isu gangguan seksual industri seni

0
2

MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menafikan tuduhan beliau memandang enteng isu gangguan seksual dalam industri seni tanah air.

Annuar berkata, apa yang dilaporkan berhubung kenyataannya mengenai isu terbabit adalah tafsiran wartawan yang tidak mencerminkan pendiriannya.

Tegas Ahli Parlimen Ketereh itu, beliau mengambil berat mengenai isu gangguan seksual kerana ia adalah kesalahan jenayah dan ia bukan isu remeh.

“Saya menerima Whatsapp Message daripada seorang wartawan Utusan untuk menemuduga saya.

“Beliau mencadangkan tajuk temubual gangguan seksual dalam industri seni tanah air tetapi saya mencadangkan agar temubual itu membincangkan fokus utama saya masa ini iaitu pembangunan industri bagi membantu penggiat seni negara.

“Malangnya apa yang keluar adalah tafsiran wartawan tersebut yang tidak mencerminkan pendirian saya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Annuar, isu berkenaan tidak akan terungkai dengan melemahkan mana-mana pihak, sebaliknya memerlukan pengembelengan tenaga setiap pihak termasuk media dan pihak berkuasa.

“Saya dan KKMM mengambil berat mengenai isu gangguan seksual dan ia bukan isu yang remeh. Malah, gangguan seksual adalah isu ‘kesalahan criminal’.

“Saya telah memaklumkan hal ini pada PDRM. Saya percaya pihak berwajib akan bertindak mengikut undang undang,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, Annuar menasihatkan pemain dalam industri seni ta­nah air tidak memperbesarkan isu gangguan seksual yang berlaku dalam kalangan mereka.

Menurut laporan portal berita berkenaan, Annuar berkata, pemain industri seharusnya lebih mengutamakan hal-hal positif daripada isu-isu terpencil yang didakwa berlaku.

“Saya rasa isu itu tak perlu diperbesarkan. Fokus pada perkara positif daripada kes-kes terpencil,” katanya.

Annuar didakwa berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan beberapa pemain industri berhubung isu gangguan seksual yang berlaku ke atas artis, selebriti dan kru produksi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here