Sulaiman angkat sumpah KM Melaka esok

0
2
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=478964530462602&set=pb.100050471770811.-2207520000..&type=3

IBARAT rezeki sudah tertulis, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali bakal mengangkat sumpah esok untuk sekali lagi menjadi Ketua Menteri Melaka.

Meskipun sebelum ini beliau terpaksa akur dengan komplot 4 sekawan yang berpaling tadah terhadapnya, namun ini lah yang dikatakan rezeki tidak salah alamat apabila bakal dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka ke-13 esok selepas Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk Kerajaan Negeri Melaka.

Terdahulu, Sulaiman berjaya mempertahankan DUN Lendu apabila menewaskan dua pencabar yang lain dalam saingan tiga penjuru.

Sulaiman memperolehi 4,486 undi manakala Abdullah Mahadi daripada PN memperolehi 1,382 undi. Sementara itu Mohamad Asri Ibrahim daripada PH hanya memperolehi 1,155 undi.

Difahamkan majlis angkat sumpah Ketua Menteri berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam di Istana Melaka pada pukul 1 petang esok.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, BN menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka apabila menguasai 20 kerusi setakat kini.

Sulaiman sebelum ini dinamakan sebagai calon Ketua Menteri jika BN berjaya mendapat mandat kerajaan negeri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here