‘Separuh pengundi putih BN sudah keluar mengundi’ – Asyraf

0
2

KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan separuh daripada pengundi putih Barisan Nasional (BN) sudah keluar mengundi sehingga jam 10 pagi tadi.

Beliau yang turut menjelajah ke pusat-pusat mengundi bersama calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Dr Akmal Salleh, yakin parti itu mampu beroleh kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Memulakan jelajah pusat-pusat mengundi bersama calon N.27 Merlimau Dr Akmal Salleh.

“Alhamdulillah, setakat pukul 10 pagi lebih separuh pengundi putih BN sudah keluar mengundi. Moga Allah beri kemenangan kepada Dr Akmal dan semua calon-calon BN,” tulisnya ringkas di Facebook.

Pada PRN Melaka, BN menampilkan 28 calon sekali gus bertanding secara bersendirian tanpa kerjasama parti lain.

BN menampilkan 20 calon Umno, tujuh diwakili MCA dan satu kerusi MIC.

Daripada jumlah itu, 24 calon atau 86 peratus adalah calon muka baharu dan ia tidak pernah dilakukan BN dalam mana-mana pilihan raya sebelum ini.

BN juga menggunakan tema Kestabilan Demi Kemakmuran pada PRN Melaka bagi menarik sokongan pengundi.

Jelas BN, kestabilan amat penting dalam memastikan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri yang bakal dibentuk kelak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here