95.6% populasi dewasa lengkap vaksin

0
2
Penerima-penerima hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol hari ini.

PERATUSAN vaksinasi populasi dewasa di Malaysia sehingga semalam mencecah 95.6 peratus membabitkan 22,379,626 juta individu yang lengkap vaksinasi.

Mengikut perincian yang dikongsi menerusi portal COVIDNOW hari ini, sebanyak 97.8 peratus atau 22,906,258 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Seramai 24,964,238 individu atau 76.4 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Manakala sebanyak 78.5 peratus atau 25,657,350 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,584,612 individu atau 82.1 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2,751,092 individu atau 87.4 peratus mendapat satu dos.

Sebanyak 105,103 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 6,549 dos pertama, 16,848 dos kedua dan dos penggalak 81,706.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin sebanyak 51,842,386 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here