Kerap kena kecam, Iqbal dah tak mahu tinggal di Malaysia?

0
2

USAHAWAN yang kini penyanyi, Ahmad Iqbal Zulkefli memaklumkan dirinya mungkin tidak sesuai lagi menjalani kehidupan di Malaysia lantaran kerap menerima kecaman netizen.

Ia diluahkan menerusi hantaran di Instastory kerana tidak tahan dengan tindakan pihak yang sengaja mengubah gambar wajahnya kepada badan individu lain dan menukar kepada badan haiwan.

“Jika berlarutan begini, mungkin saya tidak sesuai menjalani kehidupan di Malaysia. Apa-apa pun, saya tetap memilih untuk bertenang dan terus tabah.

“Bertubi-tubi ujian buat saya. Saya betul-betul perlukan semangat kali ini,” katanya dalam hantaran itu.

Yang terbaharu, gambar wajah bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida itu disunting pada badan lelaki yang hanya berseluar dalam.

“Itu bukan tubuh saya. Menggeletar tangan untuk saya muat naik gambar ini namun oleh kerana sudah mula tersebar, saya perlu tegaskan hal yang tak benar.

“Jelas sekali tubuh badan saya tidak begini. Namun ada yang percaya. Bertubi-tubi saya terima mesej pagi ini, ramai bertanyakan adakah saya ada akaun Facebook baru?Tidak! Facebook saya satu-satunya adalah Ahmad Iqbal Zulkefli.

“Saya lihat ada satu lagi ruangan palsu yang bernama ‘IQbal Zulkefli’ mendapat komen beratus orang setiap kandungannya. Sebelum ini ada yang jadikan wajah saya seperti haiwan, namun kali ini rasanya gurauan ini tidak sesuai,” katanya dalam hantaran berlainan.

1 November lalu, Iqbal melancarkan lagu pertamanya bertajuk Hujan yang mendapat sentuhan komposer dan penyanyi Oja dan dua anggota Floor88 iaitu Zai Hamzah dan Achoi.

Tidak sampai 24 jam dilancarkan, lagu tersebut menerima kritikan daripada selebriti sensasi Azwan Ali dan composer terkenal Azmeer. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here