Idris Haron ada jawapan isu pampasan nelayan Melaka – Najib

0
1

PENGERUSI Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak, mendakwa tuduhan dibuat Pakatan Harapan (PH) mengenai dana RM33 juta bagi pampasan nelayan di Melaka tidak diagihkan ketika BN memerintah adalah tuduhan rawak.

Beliau menyifatkan PH semakin ‘gila’ menjelang hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan mengeluarkan satu persatu tuduhan rawak terhadap BN.

“Ketua PH Melaka (Adly Zahari) tiba-tiba membuat sidang media pagi ini dakwa kerajaan BN dahulu sebelum PH ambil alih telah umum peruntukan RM33 juta untuk membayar pampasan kepada golongan nelayan.

“Tetapi RM33 juta itu telah salah digunakan untuk tujuan lain sehingga kerajaan Melaka PH mengalami kekurangan dana dan hanya mampu membayar RM8 juta kepada nelayan – kurang RM25 juta.

“Eh…kami tak tahu jika tuduhan kamu pagi ini benar atau tidak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Adly mengenai dana untuk membayar pampasan kepada nelayan di negeri ini bagi kerja-kerja penambakan di sepanjang pantai sudah digunakan apabila PH mengambil alih kerajaan negeri.

Najib menyarankan supaya perkara itu ditanyakan kepada Datuk Seri Idris Haron yang menjadi Ketua Menteri Melaka sebelum PH ambil alih dan kini menjadi calon PH untuk DUN Asahan.

“Selepas bincang, barulah beritahu cerita sebenar. Sama ada calon nombor 5 DUN Asahan benar-benar selewengkan dana RM33 juta tersebut.

“Ataupun PH kedekut (ataupun sudah seleweng baki RM25 juta dana tersebut) dan hanya bayar RM8 juta daripada peruntukan RM33 juta itu pada nelayan. Rakyat Melaka tunggu jawapan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here