95.3% penduduk dewasa negara lengkap vaksinasi

0
1
Bazar Ramadan kelihatan meriah dengan kunjungan orang ramai dan juadah-huadah yang menarik hari ini di Bazar Taman Tun Dr Ismail.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 22,318,132 individu atau 95.3 peratus daripada populasi dewasa telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat tengah malam tadi.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, sebanyak 22,875,185 individu atau 97.7 peratus populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,531,793 individu atau 80.4 peratus telah lengkap menerima vaksin Covid-19.

Manakala, 2,740,442 individu remaja atau 87 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, sebanyak 102,057 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 26,295 suntikan dos lengkap, 5,488 menerima dos pertama dan 70,274 pula mendapat suntikan dos penggalak.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,322,636 dan bagi dos penggalak sebanyak 1,042,234. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here