25% keluar mengundi awal setakat jam 10 pagi

0
1
prn sabah barisan nasional

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebanyak 25 peratus pengundi awal keluar mengundi sehingga pukul 10 pagi ini.

Proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka melibatkan 31 lokasi di seluruh negeri telah bermula pada pukul 8 pagi ini.

Sejumlah 21 pusat pengundian awal (PPA) membabitkan 24 dewan undangan negeri (DUN) akan dibuka bermula jam 8 pagi dan akan ditutup 2 petang.

Manakala bagi 10 PPA lagi akan ditutup jam 5.30 petang,

Dijangka 11,557 pengundi awal terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 polis akan menjalankan tanggungjawab masing-masing pada hari ini.

Sebelum ini, SPR menetapkan tarikh 8 November sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 16 November. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here