PRN Melaka: 11,557 orang mengundi awal esok – SPR

0
1

SERAMAI 11,557 individu akan mengundi awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, esok.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata undi awal akan dijalankan di 24 Pusat Mengundi Awal bermula jam 8 pagi.

“Bagi tujuan ini, Pusat Pengundian Awal akan dibuka mulai jam 8 pagi.

“Jumlah pengundi awal ini terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sepanjang proses undi awal berkenaan SPR mengingatkan orang ramai supaya terus memantuhi Garis Panduan Pencegahan Covid-19 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Ia termasuk penjarakan fizikal, amalan pemakaian pelitup muka, penggunaan pensanitasi tangan, saringan suhu badan dan merekodkan kehadiran akan dilaksanakan.

“Proses pengundian awal ini akan disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding,” katanya.

Beliau berkata, SPR akan menyiarkan proses pengundian ini secara ‘live streaming’ menerusi Facebook SPR.

“Kesemua peti undi bagi pengundian awal akan di simpan di lokap-lokap balai polis. Kertas-kertas undi tersebut hanya akan dikira pada 20 November 2021, bermula jam 4 petang.

“Pengiraan kertas undi akan dijalankan di tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR dan urusan pengiraan undi akan disaksikan oleh ejen-ejen calon masing-masing,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here