Pak Lah masih sihat, sedang bercuti bersama keluarga

0
1

BEKAS Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi kini sedang bercuti di dalam negara bersama keluarganya, sekaligus menafikan khabar angin mendakwa beliau meninggal dunia seperti tersebar di media sosial hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh bekas Setiausaha Akhbarnya, Izad Raya yang menegaskan khabar angin mengenai bekas pemimpin negara yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah itu adalah palsu.

“Berita berkenaan adalah palsu kerana saya sudah semak dengan anaknya bahawa Pak Lah masih sihat.

“Pak Lah kini sedang bercuti bersama keluarganya dalam negara,” katanya seperti dilaporkan Kosmo.

Beliau diminta diminta mengulas dakwaan kononnya bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5 itu meninggal dunia pagi ini.

Terdahulu berita mengenai kematian Pak Lah meninggal dunia terbesar di media sosial sekali gus menimbulkan tanya tanya mengenai status terkini kesihatan bekas Perdana Menteri berkenaan.

Khabar angin sama beberapa kali tular di media sosial sebelum ini, namun ternyata ia adalah tidak benar.

Berikutan itu, Izad yang rapat dengan Pak Lah meminta semua pihak supaya tidak menyebarkan khabar angin tidak sahih mengenai keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri itu tanpa pengesahan daripada ahli keluarga terdekat.

Sementara itu, pihak Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan di Facebook turut menafikan perkara itu dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan berita palsu berkenaan.

“Satu lagi berita tular melalui hantaran Facebook pemilik nama ‘Mohd Hasni Izuwan’ dan ‘Saifulzaman Mahmood’ berhubung kesihatan Tun Abdullah.

“Untuk makluman semua, Tun sihat walafiat di samping keluarga beliau. Pihak pejabat Tun memandang serius penularan berita palsu ini dan akan mengambil tindakan undang-undang,” menurut kenyataan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here