Penjawat awam Kedah terima bonus RM1,000

0
1

KERAJAAN Kedah hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 seorang bagi penjawat awam dan anggota pentadbiran di negeri berkenaan.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan perkara itu dalam pembentangan Bajet 2022 negeri di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Kedah, hari ini.

Beliau berkata, pemberian bonus itu diharap dapat menyuntik semangat penjawat awam negeri untuk terus meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

“Bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan penjawat awam negeri, kerajaan bersetuju meluluskan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 seorang kepada semua penjawat awam dan anggota pentadbiran negeri,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai bantuan khas berkenaan dalam sidang media selepas pembentangan belanjawan itu, beliau memaklumkan peruntukan diberikan adalah sama seperti Bajet 2021.

“Tahun lalu kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM5.6 juta untuk bantuan khas kewangan ini dan ia dikekalkan dalam Bajet 2022,” katanya.

Sementra itu, Muhammad Sanusi berkata peruntukan kepada Pusat Khidmat bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang sebanyak RM2,000 sebulan juga turut dikekalkan.

“Mereka juga akan dapat bantuan RM50,000 setahun bagi melaksanakan program atau projek kecil di kawasan yang mereka wakili.

“Ini kita mulakan pada tahun lalu dan akan bajet kali ini dikekalkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here