Kedah tidak lagi beri kelulusan lesen premis perjudian – MB Kedah

0
1
ALOR SETAR, 27 Mei -- Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KERAJAAN Kedah tidak lagi akan memberi kelulusan lesen premis perjudian di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri bagi mewujudkan keadaan Kedah bebas judi.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata ramai sedia maklum dan diakui semua pihak bahawa perjudian adalah punca kepada kerosakan dan keruntuhan tamadun.

“Khususnya keruntuhan institusi keluarga. Ramai yang terlibat dengan perjudian ini dibebani hutang dan menimbulkan ketidakamanan dalam kalangan keluarga sekaligus memporak-perandakan masyarakat

“Maka kerajaan negeri mengambil tanggungjawab untuk memastikan Kedah bebas judi dengan mengambil keputusan tidak lagi membenarkan kelulusan lesen premis perjudian melalui semua PBT di seluruh Kedah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena pembentangan Bajet 2022 negeri yang disiarkan secara langsung di laman Facebooknya, hari ini.

Sementara itu, menurutnya bagi penjualan arak secara terbuka, kerajaan negeri juga telah mengambil keputusan untuk menghadkan penjualan minuman keras disemua PBT.

“Di kawasan PBT yang tiada permintaan khususnya di luar bandar premis jualan minuman keras juga akan dihadkan.

“Kita juga telah berbincang tentang kedai bebas cukai dan premis yang tiada lesen menjual minuman keras di Langkawi dengan berharap tiada lagi menjual arak secara terbuka agar menjamin akal fikiran rakyat sentiasa waras,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here