‘Saya bukan lompat, saya dipecat’ – Idris Haron

0
1
MELAKA, 17 April -- Ketua Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Idris ketika ditemui Bernama di Seri Bendahara, Ayer Keroh hari ini. Idris berkata fitnah yang dilemparkan pembangkang terhadap BN merupakan cabaran utama buat BN Melaka dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

Najamuddin Mohd Nor

CALON Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Datuk Seri Idris Haron sekali lagi menegaskan bahawa dirinya bukan ‘katak’ yang melompat parti.

Sebaliknya, Idris yang pernah menjadi Ketua Menteri Melaka pada era pemerintahan Barisan Nasional (BN) itu menegaskan, Umno telah bertindak memecatnya daripada parti itu sebelum beliau mengambil keputusan menyertai PKR.

“Saya diumumkan melalui media massa dipecat, dan saya terima pemecatan itu. Saya bukan lompat. Saya dipecat.

“Undi calon nombor 5 untuk Asahan!” katanya di Facebook, hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Idris telah menang di DUN Sungai Udang atas tiket BN.

Namun Idris dan BN gagal membentuk kerajaan apabila hanya menang 13 DUN berbanding PH yang menang 15 kerusi.

Bagaimanapun, politik Melaka bergolak pada awal Oktober lalu, apabila Idris mengetuai tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang lain, menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Tindakan mereka itu menyebabkan kerajaan Melaka hilang majoriti sekali gus mengheret rakyat Melaka ke kancah Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung pada 20 November ini.

Nama Idris terus hangat pada kempen PRN Melaka apabila tersebar surat yang mendedahkan beliau bersekongkol dengan PH untuk melantiknya sebagai Ketua Menteri.

Surat itu dirancangkan sebelum pembubaran DUN Melaka berlaku mendedahkan wakil rakyat PH mencadangkan Idris sebagai ketua menteri Melaka telah diedarkan secara tanpa nama kepada beberapa media.

Surat bertarikh 30 September itu ditujukan kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

Bagaimanapun, cop yang tertera pada dokumen itu bertarikh 4 Oktober.

Sementara itu, pencalonan Idris sebagai calon PH pada PRN Melaka ini mendapat tentangan hebat daripada DAP yang menyifatkan gabungan itu mesti memegang pada prinsip menolak ahli politik yang tidak berpendirian dan mempunyai sejarah lompat parti.

Namun, langkah Idris itu mendapat restu Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerimanya untuk meneruskan kelangsungan politiknya dengan menyertai PKR. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here