DJ Lin dianugerah penyampai radio paling popular buat kali keempat

0
1

PENYAMPAI radio Suria FM DJ Lin merangkul gelaran Penyampai Radio Popular buat kali keempat di Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34 (ABPBH34). 

Pemilik nama Roslinda Abdul Majid, 45, yang popular menerusi segmen Suria Cinta menewaskan empat pencabar terdekatnya iaitu Haziq, Sharifah Shahirah, Tyzo dan Jep Sepahtu.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu dan anak-anaknya yang memahami tugasnya dalam bidang seni yang terpaksa mengorbankan banyak masa.

“Alhamdulillah terima kasih Allah, terima kasih kepada ibu saya, tanpa doa mak saya tak ada kat sini, kepada anak kerana memahami kerjaya ibu dia, kepada kelab peminat Malaysia dan luar negara yang setiasa menolong saya dan sentiasa di sisi saya.

“Pada saya paling penting sekali bagaimana kita membawa diri, peminat sekarang sangat bijak, kena ikhlas jalinkan silaturrahim.

“Jangan sombong dengan peminat sentiasa hormat peminat. Tanpa peminat kita bukan siapa-siapa,” ucapnya ringkas ketika menerima anugerah. 

Sebelum ini, DJ Lin menang kategori sama pada ABPBH 2015, edisi ke-32 dan edisi ke-33 pada tahun lalu.

ABPBH34 yang dihoskan Sherry Alhadad bersiaran secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada malam ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here