Along banyak bantu masyarakat Melaka – Asyraf Wajdi

0
3
Fairul Nizam

CALON Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan, Fairul Nizam Roslan banyak berbakti kepada masyarakat di Melaka sepanjang aktif bersama Pemuda Umno sejak 1997.

Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata Fairul Nizam atau Along tidak asing lagi di kalangan masyarakat terutama di Alor Gajah, Melaka.

Menurutnya, calon daripada Umno itu dilantik sebagai Ketua Pemuda Alor Gajah selama dua penggal sebelum ini dan kini diberi tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda Umno Melaka.

“Apabila saya melantik beliau selaku Ketua Pemuda Umno Melaka, beliau antara yang aktif melaksanakan agenda #PemudaBantuRakyat.

“Terutamanya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam menyampaikan bantuan bakul makanan, sanitasi premis awam dan persendirian secara percuma serta membawa pelbagai suara rakyat kepada kerajaan,” katanya dalam hantaran Facebook.

Asyraf Wajdi berkata, Fairul Nizam mempunyai latar belakang akademik di peringkat sarjana dan turut dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Bekal Sdn Bhd walaupun pada usia yang masih muda.

“Along banyak membantu membimbing anak-anak muda dalam pelbagai bentuk termasuk khidmat nasihat dan usahawan-usahawan muda yang baru mahu mula bertapak.

“Sebab itulah beliau turut dilantik sebagai CEO Melaka Bekal Sdn.Bhd walaupun pada usia yang masih muda.

“Saya merayu pengundi-pengundi N.10 Asahan untuk memberikan sokongan dan undi kepada sahabat saya ini agar BN dapat meneruskan ‘tradisi membela rakyat’ yang cukup sinonim dengan Umno dan BN selama ini,” katanya.

Fairul Nizam, 43, akan berdepan dengan lima lagi calon lain termasuk bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang juga bekas ahli dan pemimpin Umno.

Calon lain bagi yang turut bertanding adalah Mohd Noor Salleh(Bebas/IND); Azmar Ab Hamid @ Sha’aim(Bebas/IND); B.Dhanesh(PN-Gerakan); dan Mohd Akhir Ayob(Bebas/IND).

Kerusi N10 Asahan dimenangi oleh Datuk Seri Abdul Ghafar Atan (BN-Umno) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018 dengan majoriti 275 undi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here