41 kematian Covid-19 semalam, 8 kes BID

0
2
Skuad jenazah Covid-19 Malaysia mengusung jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

SEBANYAK 41 kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian adalah 29,576 kes sejak virus maut tersebut melanda negara.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, daripada jumlah kematian baharu itu lapan daripadanya dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Setakat tengah malam tadi, terdapat 64,277 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 50,063 individu daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah, manakala 7,966 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, sebanyak 5,705 kes dirawat di hospital dan 543 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 275 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 275 lagi memerlukan mesin ventilator. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here