KKM nafi arah bilik gerakan PN di Telok Mas ditutup

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1636709875627","origin":"gallery","is_remix":false,"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"fte_sources":[]}

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan mengeluarkan arahan penutupan bilik gerakan parti Perikanan Nasional (PN) di Telok Mas, Melaka yang berkuatkuasa hari ini. 

Berdasarkan hantaran di Facebook, KKM mengesahkan kenyataan yang mendakwa bilik gerakan PN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas ditutup kerana menjadi punca kluster Covid-19 adalah palsu semata-mata. 

“Kenyataan akhbar berikut adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

“Mohon untuk tidak disebarkan kenyataan palsu ini,” kata KKM, hari ini. 

Terdahulu, tersebar kenyataan KKM di media sosial lewat tengah hari ini yang mengarahkan pusat gerakan berkenaan ditutup bermula hari ini sehingga 12 November, turut dikenakan denda sebanyak RM10,000 kerana melanggar SOP KKM. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here