Covid-19: Kanak-kanak alami simptom teruk, keradangan jarang berlaku

0
2

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia empat tahun mengalami keradangan teruk dan jarang berlaku akibat dijangkiti Covid-19.

Muhammad Ali Zafir Mohamed Azmi, ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 1 November, hari sama ketika dia dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), Singapura.

Memetik The Straits Times (ST), Muhammad Ali Zafir mengalami gejala teruk termasuk demam panas berterusan, menggigil dan muntah.

Gejala lain dialaminya termasuk tersentak secara tidak sengaja semasa tidur, lebam pada anggota badan dan sakit perut yang teruk.

Kanak-kanak itu disahkan menghidap sindrom keradangan berbilang sistem pada kanak-kanak (MIS-C), yang boleh menjejaskan pelbagai organ termasuk otak dan buah pinggang.

Punca gejala itu masih belum diketahui, tetapi ia telah dilihat pada kanak-kanak yang dikatakan telah pulih daripada Covid-19 tanpa sebarang insiden sebelumnya.

Dalam perkembangan lain, ibu kanak-kanak itu, Marilyn Cacanindin, 39, memaklumkan Muhammad Ali Zafir telah dibenarkan keluar ICU pada petang Selasa lalu , selepas berada di unit itu lebih seminggu.

Katanya, kini Muhammad Ali Zafir telah dipindahkan ke wad pergantungan tinggi di KKH. – Malaysiapost

Foto : Sumber Facebook

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here