Baituljannah tawar Program Affiliate, bantu semua golongan pulihkan ekonomi

0
2

BAITULJANNAH Sdn Bhd, syarikat yang menjalankan servis carian jodoh muslim melalui platform Baituljannah.com membuka peluang kepada semua golongan terutama suri rumah dari keluarga berpendapatan rendah (B40) menjana pendapatan sambil menguruskan keluarga.

Menerusi Program Affiliate itu, individu yang mendaftar berpeluang menjana pendapatan bulanan sehingga empat angka sekali gus membantu meningkatkan ekonomi keluarga.

Kerjanya mudah iaitu ejen affiliate menerima URL beserta ID masing-masing dan kemudian hanya perlu kongsikan di media sosial mengajak rakan-rakan yang sedang mencari jodoh untuk mendaftar di Baituljannah yang mana pendaftaran untuk menjadi ejen affiliate adalah percuma.

Pengarah Urusan Baituljannah Sdn Bhd, Dr Wan Hasifi Amin Wan Zaidon berkata sejak program dilancarkan pada November 2019 sehingga Oktober 2021, seramai 4,603 individu menyertainya dan menjadikannya sumber sampingan untuk perbelanjaan keluarga.

Bagi suri rumah, katanya, ia mampu membantu ekonomi tanpa menjejaskan tanggungjawab mengurus keluarga dan anak-anak.

“Berdasarkan data direkodkan syarikat, jumlah itu meliputi 72.97 peratus ejen dari kalangan lelaki iaitu seramai 3,359 orang manakala 27.03 peratus melibatkan 1,244 terdiri daripada ejen wanita.

“Para graduan yang masih belum berkerja malah pempengaruh media sosial (social media influencer) juga digalakkan menyertai.

Ada social media influencer yang mampu meraih pendapatan sehingga mencecah lima angka,” katanya menerusi kenyataan.

Dr Wan Hasifi Amin berkata penubuhan Program Affiliate itu merupakan alternatif syarikat untuk mempromosi dan meluaskan pasaran perniagaan lebih jauh namun ia dilihat mampu menjadi serampang dua mata kepada masyarakat dengan memberi manfaat besar.

Katanya, indvidu yang menyertai program berkenaan ditawar bayaran setimpal namun kerajinan menjadi faktor utama menjana keuntungan lebih tinggi.

“Berdasarkan rekod, terdapat ejen-ejen yang mampu meraih RM200 sehari dan pendapatan bulanan yang tinggi.

“Syarikat berharap dapat membantu lebih ramai individu dan memulihkan kembali ekonomi di saat pasca Covid-19 ini,” katanya.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di https://baituljannah.com/affiliateprogram. Maklumat lanjut juga boleh didapati di laman sesawang berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here