TIGA calon parti bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara tiba di pusat penanaman calon di Dewan Kompleks Japerun Tanjung Bidara sehingga jam 9 pagi tadi.
Calon yang pertama tiba adalah daripada Pakatan Harapan (PH) , Zainal Hassan kira-kira jam 8.10 pagi tadi.

Beliau yang juga daripada PKR merupakan pesara tentera berbaju Melayu berwarna merah turut diiringi pencadang dan penyokong beliau.
Ia disusuli Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Seri Mas Ermieyati Samsudin mewakili Perikatan Nasional (PN).

Sementara, Pengerusi Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Jusoh tiba jam 8.55 pagi bagi menyerahkan borang pencalonan PRN Melaka.

Terdahulu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut dilihat mengiringi Ab Rauf di luar perkarangan Dewan Kompleks Japerun Tanjung Bidara.
Setakat pusat penamaan ini dibuka hanya tiga calon yang hadir bagi menyerahkan borang pencalonan mereka.
Dewan ini adalah salah satu daripada 28 pusat penamaan yang dibuka bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Sementara, pusat penamaan calon DUN Asahan, Bekas Ketua Menteri, Datuk Idris Haron tiba di pusat penamaan di Kolej Komuniti Selandar berjalan dengan berbaju Melayu berwarna oren.
Beliau kemudian menaiki kereta Proton Perdana hitam selepas mendaftar MySejahtera dan memeriksa suhu.
Ketika berjalan ke arah keretanya dia hanya berkata: “Terserah kepada Allah.”
Idris akan bertanding atas tiket PH di kawasan yang menjadi tempat kelahirannya.
SPR sebelum ini menetapkan hari ini sebagai hari penamaan dan 16 November depan sebagai hari undi awal manakala 20 November bagi hari pembuangan undi. – Malaysiapost
Kredit Foto: Facebook/MELAKAfm

