PRN Melaka: Idris Haron dijangka bersaing enam penjuru

0
1

SERAMAI enam calon menghantar borang penamaan bagi bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Calon pertama tiba ialah calon Bebas, Mohd Akhir Ayob 50 yang tiba di Dewan Komuniti Selandar pada jam 8.10 pagi, lapor portal Melaka Hari Ini.

Ia disusulu, calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Idris Haron kira-kira jam 8.35 pagi disusuli calon Barisan Nasional (BN), Fairul Nizam Roslan yang tiba seminit selepas itu.

Calon Perikatan Nasional (PN) Danesh Basil pula tiba pada jam 9.09 pagi diikuti dua lagi calon Bebas iaitu Azmar Abdul Hamid, 49 dan Mohd Nor Salleh, 43 tiba pada jam 9.15 dan 9.26 pagi.

Bagaimanapun, pengumuman sebenar jumlah calon yang disahkan bertanding di kerusi berkenaan hanya akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada jam 11 pagi nanti. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Idris Haron

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here